Tips kemas dengan pantas
Assalamualaikum. Kalini saya kongsikan tips untuk kemas rumah dengan cepat dan mudah.
Kebiasaannya ejen pindah rumah (Jepun-Malaysia) termasuk kami di AM2 Trading sendiri menawarkan servis mengikut volume M3. Jadi bagaimana untuk memastikan barangan anda dalam bilangan M3 yang ditempah?
Cara untuk memudahkan urusan kemas barang disamping memastikan ejen tidak mengenakan cas yang berlebihan ialah dengan cara menyediakan sudut seperti dalam rajah. Sediakan satu sudut di bucu rumah anda dan tandakan seperti berikut.
1M3 iaitu 1X1X1, atau 2M3 iaitu 2X1X1 atau lebih mengikut bilangan tempahan barang anda. Kemudian susunkan kotak barang yang telah siap dikemas di dalam ruang tersebut. Selesai.
Bahan yang diperlukan cumalah gunting, pita pengukur dan masking tape untuk menanda ruangan itu. Selamat mencuba.