Tips elak barang hilang semasa BFG
Apakah faktor yang boleh menyebabkan barangan anda hilang semasa dalam proses penghantaran dari Jepun ke Malaysia?
Di mana dan kenapa?
1. Di rumah.Barangan berpotensi untuk hilang bermula dari rumah anda sendiri sewaktu mengemas. Setiap barang yang diimport atau dieksport perlulah mempunyai TAGGING dan direkodkan di dalam Personal Effects Form. Barangan yang tidak ditag dan tidak direkodkan di dalam personal effect akan dikira sebagai barangan yang tidak wujud. Tagging adalah sangat penting membuktikan barangan anda wujud. Pastikan juga kuantiti yang diikrarkan sama dengan jumlah sebenar lebih lagi untuk barang berharga.
2. Warehouse di Port Klang. Barangan berpotensi hilang di sini sekiranya tagging yang dibuat tidak kuat dan tertanggal. Kotak koyak kerana nipis atau terlalu berat. Barangan dicuri ketika di dalam gudang. Barangan anda dirampas kastam kerana tidak mematuhi syarat import yang ditetapkan.
3. Bagi barangan persendirian pihak kastam mempunyai kuasa untuk membuka kotak anda sekiranya mendapati terdapat keraguan pada pengikraran anda. Barangan yang tidak diikrarkan, atau kuantiti yang tidak betul menandakan barangan anda adalah tidak wujud dalam perundangan Malaysia dan boleh hilang.
Cara mengelakkannya
1. Pastikan tagging yang dibuat seperti yang disarankan service provider anda. Boleh semak cara yang betul di sini.
https://am2trading.com/p2051/
2.Pastikan kotak yang digunakan kuat dan tahan lasak.
3.Balut kotak anda dengan stretch film dan stopper.
4.Elakkan menulis sebarang maklumat barangan di dalam kotak pada permukaan luar dan dalam kotak anda.
5.Elakkan menulis sebarang maklumat diri anda melainkan yang disuruh service provider anda sahaja di atas atau dalam kotak.
6.Pastikan barangan di dalam kotak sama dengan barang yang diikrarkan pada borang. Begitu juga kuantitinya.
7.Sekiranya membawa barangan berharga, cuba bahagikan kepada seberapa banyak kotak bercampur dengan barangan lain seperti baju etc. Jangan masukkan semua barangan berharga ke dalam satu kotak sahaja.
8.Pastikan kotak anda tidak memberikan maklumat barangan di dalam samada melalui bentuk kotak atau bunyi barangan di dalam.
9. Letakkan seal atau sticker peribadi pada tempat sambungan kotak di luar dan dalam untuk anda kenal pasti samada kotak anda telah dibuka atau tidak.
10.Gunakan servis ejen yang berpengalaman dan boleh dipercayai untuk menguruskan barangan anda.
Harap post ini dapat membantu mengurangkan barangan hilang, dicuri sewaktu penghantaran nanti.
www.am2trading.com