Prosedur pertukaran alamat surat-menyurat
Assalamualaikum. Benda ni mungkin ramai yang dah tahu tapi saya ingin kongsi jugak kalau2 ada yang dapat manfaat.
Benda ni dipanggil Tenii Todoke iaitu dokumen pertukaran alamat, boleh dapatkan di mana2 cawangan post office Jepun.
Antara masalah yang selalu dihadapi bila BFG ke Malaysia ialah segala surat2 atau bil2 yang akan terus sampai ke rumah lama. Kebiasaannya kita akan pesan pada kawan untuk tolong datang tengok di peti surat rumah seminggu sekali selepas kita pulang ke Malaysia mana tahu ada apa2 surat penting sampai.
Sebenarnya ada cara yang lebih mudah iaitu dengan mengisi kad di bawah ini menyatakan segala surat atas nama kita akan diposkan ke alamat baru samada rumah kawan atau kawan baik atau biasanya rumah kawanla. Pertukaran ini akan mula dipakai paling kurang selepas seminggu submission. Jadi boleh plan untuk submit awal2 supaya takde surat yang termiss.
Cara isi seperti dalam gambar di bawah, jangan lupa cop inkan dan masukkan ke dalam peti surat pos ofis.
Permohonan boleh juga dibuat online, tapi bagi yang tak boleh berbahasa Jepun, cara kad ini adalah yang paling mudah (kot).
Terima kasih