Kos yang perlu disediakan untuk BFG

Home  >>  Uncategorized  >>  Kos yang perlu disediakan untuk BFG

Kos yang perlu disediakan untuk BFG

On January 10, 2017, Posted by , In Uncategorized, With No Comments

Salam. Berapa banyakkah duit yg perlu disediakan sebagai persediaan pulang ke Malaysia? Siapa yang mesti kita hubungi untuk maklumkan kepulangan kita?

Antara pihak yang mesti kita hubungi untuk maklumkan kita akan pulang ke tanah air ialah:

1. Syarikat air dan gas
Sediakan bil di tangan sebelum telefon sebab operator akan mntak no pelanggan yang ada tulis atas bil. Beritahu bila tarikh ingin tamatkan perkhidmatan. Syarikat akan hantar wakil pd tarikh dan waktu yg kita tetapkan utk check bil, byr bil on the spot dan servis akan ditutup. Make sure ada di rumah time tu. Duit yang perlu sediakan agak2 lebih kurang bil2 sebelum ni. Kalau plan nak basuh2 rumah selesaikan mengemas sebelum tutup servis. Nanti tengah2 mencuci takdak air susah pulak. Sejuk pulak tu kalau Mac-April.

2. Syarikat elektrik
Juga sediakan bil di tangan semasa telefon supaya apa2 hal senang nak rujuk. Kebiasaannya butir pelanggan akan diminta untuk honnin kakunin. Kalau mintak kawan call kn better tuan rumah ada sekali di sebelah atau bgikan detail diri lengkap utk dirujuk. Sama seperti utk air, maklumkan tarikh terakhir akan tinggalkan rumah anda. Operator akan pesan tutup breaker time last keluar tu. Pembayaran bil tidak perlu dibuat on the spot. Boleh pesan pada kawan utk setelkan bil last tu bila sampai nanti. Tinggalkan duit atau minta kawan bayarkn dulu nanti claim balik kalau bestfriend.

3. Syarikat telefon dan internet
Bagi yang menggunakan telefon bimbit yang paling penting sebelum apa2 cuba check dulu bila tempoh agreement anda tamat. Sebab di Jepun perkhidmatan telefon adalah jenis kontrak yang auto renew setiap 2 tahun. Selepas tamat kontrak ada lebih kurang sebulan masa utk cancel line atau agreement akan auto renew utk next 2 thun. Tempoh sebulan ni malangnya syarikat telefon takkan beritahu, diorang senyap2 je nanti renewkan agreement. Jd check siap2 supaya senang nak plan bila yang patut cancel line. Kalau masih terikat dgn agreement pn boleh je cancel tp kena penalti dalam 10k yen. Selepas cancel line, pembayaran bil terakhir sama macam bulan2 sebelum ni samada byr di konbini atau tolak dari akaun. Prepare duit dlm akaun atau bg kawan siap2 dan mntak ambilkn bil. Utk cancel line ada 2 cara samada pergi direct ke kaunter atau call. Kalau nak call mesti tuan punya telefon yg call tak boleh wakil. Paling mudah pergi airport awal sikit nanti cancel di situ. Di airport Haneda & Narita kaunter docomo, softbank, au ada je.

4. Tuan parking
Kalau yg berkereta dan menyewa tempat parking. Pastikan call awal2 fudosan atau tuan tanah maklumkan kita akan pulang. At least kena 1-3 bulan sebelum pulang dah beritahu siap2. Kalau last minit baru beritahu ada sesetengah fudosan akan mintak jugak bayaran utk next month sebab bagtau lambat.

5. Tuan rumah / ejen rumah
Beritahu tuan rumah atau ejen awal2 dia akan arrange utk datang check condition rumah. Yang ni susah nak cakap banyak mana kena spare cash. Bergantung pada kerosakan rumah dan budi bicara ejen. Harap2 cume setel dengan deposit dh bayar dulu je tak perlu tambah duit lain lagi. Buat mata bersinar muka kesian sikit time tu boleh try mintak diskaun. Tp usahalah sikit kemas2 bg condition rumah kalaupun ada rosak tak nmpk bersepah serabut sangat.

6. Pihak sekolah anak
Kalau ada anak bersekolah di Jepun,boleh maklumkan pada pihak sekolah untuk keluarkan sijil pernah bersekolah di Jepun.

7. Ejen pindah rumah dan shipping kereta
Jika anda mempunyai barang yang perlu di bawa balik menggunakan servis ejen pindah rumah, sebaiknya tempahlah awal utk mengelakkan masalah kontena dah penuh. Biasanya ejen akan gunakan kontena utk compile barang semua pelanggan, so kalau tiba2 dtg tempahan di saat akhir dari anda mungkin mereka akan tolak kerana tak sempat buat arrangement lagi. Jumlah duit yg perlu disediakan bergantung jumlah volume brg anda dan service rate ejen tersebut. Begitu juga utk kereta, pastikan anda decide dan inform ejen at least sebulan awal tarikh kereta akan masuk ke warehouse di port. Dalam waktu crowded seperti bulan Mac, ada kemungkinan port tak benarkan kereta anda masuk jika beritahu lambat dari tu.

8. Visa
Ini pengalaman saya sendiri. Kalau time flight balik visa dah tamat tempoh, anda sebenarnya melakukan kesalahan tinggal lebih tempoh di Jepun. Dan waktu ni anda tidak akan dibenarkan keluar dr Jepun. Proses dia leceh dan ambil masa. Anda kena dtg awal, check in di airport awal beritahu pada pegawai di kaunter check in dan dia akn bawa anda terus ke pejabat imigresen di dalam. Di situ pegawai akan renewkn visa anda dan kemudian matikan balik on the spot. Bayaran yg dikenakan ialah sama seperti masa renew visa iaitu 4500 yen seorang (rate 2015). Jadi kalau yg bawa family 5 orang kena pulak semua visa tamat tempoh darablah 4500 yen dengan 5. Selagi urusan ini tak selesai anda tak dibenarkan naik pesawat. Nasib kami baik time tu takde orang lain, itupun dalam stgh jam kena tunggu. Jd make sure visa still valid

Akhir sekali daitai calculation yg anda kena buat ialah seperti berikut:
1. Bil air dan gas
2. Bil letrik
3. Bil telefon
4. Bil internet
5. Bayar duit repair rumah
6. Ejen pindah rumah dan shipping kereta
7. Spare cash kat tgn dalam 50k incase apa2 hal terutamanya utk yg family.

Comments are closed.

    Shipper details

    (use Google Chrome or Firefox only)



    Order Details


    Receiver details



    Where did you hear about us?

    Google searchFacebook groupFacebook pageFacebook AdInstagramReferral by friendOthers

    Custom plan moving service Terms & Conditions (click to open)

    X
    CONTACT US

      Shipper details


      Order Details



      Parcels loading date in Malaysia


      Where did you hear about us?

      Google searchFacebook groupFacebook pageFacebook AdInstagramReferral by friendOthers

      Door-to-door Terms & Conditions (click to open)

      X
      CONTACT US

        Customer details

        (please use Google Chrome or Firefox only)



        Order Details



        X
        CONTACT US
        Contact us

          AMT TRADING PLT (LLP0008000-LGN)

          Tel: +6011-5259-6262
          Email : service@am2trading.com

          Need quote or other inquiries? Reach us here. Thank you

          X
          CONTACT US