History certificate
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Gambar doc apa ni?
Baru-baru ini ada kawan contact dia ada masalah iaitu akan pindah rumah jadi akan tukar no plat kereta di geran. Ada masalah ke kalau nak bawa balik nanti?
Ada juga yang tanya selain atas geran ada tak cara lain untuk buktikan kita adalah pemilik sah kereta tersebut dan telah memilikinya lebih dari 9 bulan seperti disyaratkan MITI.
Ada juga sahabat yg lepas renew visa nama dalam visa baru dah dipendekkan jadi tak lagi sama macam nama dalam geran so macamana cara nak buat.
Paling latest kawan kita ada yang dicuri plat no kereta beliau. Pagi2 tengok kereta dah tak ada no plat, maybe sebab no lawa kot. So kes macamni pulak macamana nanti tarikh di geran akan berubah ke tak?
So 3 gambar di bawah ni ialah contoh Car History Certificate. Selain geran kereta sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuktikan kereta telah dibeli lebih dari 9 bulan anda bolehlah memohon dokumen berikut dan disertakan sekali semasa permohonan AP di Malaysia nanti. Semua detail dari pemilik pertama sampai pemilik terakhir dan tarikh tukar nama ada direkodkan dalam dokumen ini. Sekiranya anda salah seorang yang memerlukan dokumen tambahan ini boleh mohon sendiri di tempat syaken kereta.
Ataupun boleh contact AM2 Trading untuk request dokumen tambahan ini. Permohonan dokumen ini adalah di bawah Add On service untuk Car Shipping service yang ditawarkan.