Contoh deklarasi harga barangan persendirian
Assalamualaikum. Di sini saya sertakan “Contoh Borang Personal Effect” dan rate utk customs declaration per item. Untuk makluman semua kebiasaannya bagi barang persendirian ianya tidak akan diinsurankan sewaktu pelayaran.
Barangan akan di declare dengan harga rendah sesuai dengan status sebagai bahan terpakai (used items). Ini juga untuk mengelakkan dari dikenakan cukai.
Tiada resit rasmi diperlukan oleh pihak kastam untuk membuktikan pengisytiharan anda, atau dengan kata lain anda bebas meletakkan sebarang nilai pada deklarasi harga.
Sebagai guideline utk semua saya berikan contohnya rate per item paling baik di declare tak lebih 100 yen, dan total harga ideal bagi keseluruhan barangan tak lebih dari 200,000 yen.
Kenapa 200,000 yen? Sebab total harga lebih dari itu maka rate untuk deklarasi di Jepun akan berubah dan anda akan dicaj harga deklarasi yang lebih tinggi.
Deklarasi harga yang tinggi hanya patut sekiranya anda menginsurankan barangan anda di dalam pelayaran.
Harap membantu, terima kasih