Panduan membuang barang sebelum BFG ke Malaysia
Assalamualaikum. Seterusnya perkara yang merumitkan kerja mengemas rumah ialah membuang sampah. Bayangkan dengan masa terhad last minit punye kerja lagi nak kena main teka2 sampah ni betul ke harini ke hari lain. Ada macam2 kisah gelap bila berkata tentang sampah ni. Contohnya kereta2 misteri first time nampak dtg tengah2 malam kawasan perumahan tu, buang sampah then pecut laju2. Harap2 takde yang buat macamtu la ye.
1. Saya letakkan contoh untuk kawasan Yokohama saja. Yang kawasan lain minta maaf kena check sendiri nanti.
2. Untuk Yokohama sampah terbahagi kepada dua iaitu Sodai gomi (粗大ごみ) yang boleh dilupuskan oleh City, dan juga yang tak boleh dilupuskan oleh City.
A. Ini senarai barang2 di bawah tanggungjawab Yokohama City.
http://goo.gl/q2vZOu
B. Senarai barang yg tidak diurus oleh Yokohama City.
http://goo.gl/f1Z8CO
3. Bagi sodai gomi di bawah Yokohama city, kupon untuk buang barang boleh dibeli di hampir semua convenience store. Cakap “Sodai gomi ken” lepastu beritahu nilai berapa dan berapa keping. Ada sesetengah barang macam tikar yg besar tu kalau nak buang free potong smpai kecik2 masukkan dlm plastik boleh buang sebagai moeru gomi.
4. Dah beli kupon kena call (045-330-3953) atau boleh tempah online untuk waktu lori dtg pickup barang. Isikan apa yang patut pada kupon, tampal pada barang, cover dengan cellotape supaya tak rosak kena hujan dan letak brg di luar rumah pada waktu pickup yang dijanjikan. Letak awal sangat takut mengganggu jiran.
https://goo.gl/mTQXBl
5. Bagi barang yang bukan di bawah Yokohama City, boleh pilih dari pelbagai list company dalam link tadi dan call diorang untuk janji waktu pickup. Jumlah bayaran adalah berbeza mengikut saiz dan juga syarikat recycle tersebut. Sila banding2 kan mana yang paling murah.
6. Akhir kata nak pindah di Jepun ni kalau nak jimat kena rancang awal. Buang sikit2, sedekahkan atau boleh jual pada kawan2 brg yg elok lagi. Pakat2 sewa van agkut barang2 yg besar. Kalau nak bagi kohai tanya dulu dia nak ke taknak, kalau dia tanak jgn paksa tak baik. Nak buang barang di jepun ni bukan free semua duit.
Saya minta maaf kepada yang xboleh baca japanese sebab semua link dalam bahasa Jepun. Kalau ada nak tanya apa2 boleh tanya di komen. Tq